Assalamualaikum
Terima Kasih sudi datang ke blog Atiqah Ishak.
Siapa Atiqah Ishak?
Saya berumur 27 tahun, seorang anak kampung dari Utara Kedah yang sekarang menetap di Kajang,Selangor serta bekerja sepenuh masa bersama Coway Malaysia. Saya telah melibatkan diri bersama Coway sebagai pengguna dan seterusnya sepenuh masa sehingga kini.
Alhamdulillah, dari masa ke semasa saya telah berjaya menguruskan jumlah pemasangan unit-unit Coway yang semakin bertambah. Rata-rata kebanyakkannya klien saya terdiri daripada pengguna yang sudah berkeluarga dan juga di pejabat . Bukan hanya di kawasan Kajang dan Kuala Lumpur,khidmat saya juga meliputi seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.
Latar Belakang Atiqah Ishak
Saya adalah bekas pelajar Sekolah Model Khas Baling, Kedah dalam aliran Sains Tulen. Setelah tamat SPM, saya melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi di Politeknik Syed Sirajuddin,Arau Perlis di dalam bidang video dan perfileman. Saya telah di anugerahkan Diploma Media Digital dengan kelulusan CGPA 3.49. Berpengalaman bekerja sebagai Graphic Designer di syarikat swasta sebelum saya memutuskan untuk bekerja di dalam bidang jualan dan pemasaran ini.
Sejarah Penglibatan
Saya adalah pengguna Coway sehingga kini rasa sangat berpuas hati dengan mutu produk serta perkhimatan yang diberikan. Sehingga kini saya serta keluarga masih menikmati servis tip top dari Coway setiap 2 bulan secara PERCUMA. Oleh sebab saya dan keluarga telah mendapat kemudahan Coway dengan amat baik, saya rasa berbesar hati untuk berkongsi kelebihan,keunikan produk dan servis Coway dalam memudahkan, membantu serta melancarkan hari-hari kita yang serba sibuk ini.
Coway bukan sekadar penapis air,tetapi Coway adalah gaya hidup masa kini.
Comments
Post a Comment